Tuesday, September 27

My current status!

Hey there!
It is today that I can rest assured of the initial stage of applying to Oxford. There are still more stages to endure but I believe the first step is something to get you started really. Frankly speaking, I kept changing my mind on my application. I constantly thought of dropping subjects, changing my university choices, worrying about what I should do in the last two semesters at KYUEM and above all worrying about my current achievements especially in topical class test. 

Well, the fluctuating stage of devising my own pathway to be a doctor has now ended. I have decided what I should and would do. It is now up to me to carry out the plan and this will require me to be persistent and determined.

Also, I was deeply inspired by Garnetronz' Video for 2011 Health Awareness Week which commences yesterday. I become stronger and more focused now. Thanks to all fellow garnetrons for your hard-work especially Afif and his crew. Seriously, your cinematography is awesome. So do the video for all other houses. KYUEM film industry has certainly upgraded into a higher level. I would be most glad to experience this.

Right, I would like to divide this topic into two sections. The first one involves the decisions I made today(the fluctuations I think is irrelevance now) and secondly what I would do for the next two semesters of my life in KYUEM. However, for today I will only write about the former one (because it is time consuming really and I really have to get some sheer amount of historical reading by tomorrow)

In terms of university choices, I did not make any amendments though at the verge of approving my application I consider on changing my college choice from St. Anne to Lady Margaret Hall on the account of one letter that I just noticed of its importance despite the fact that it had been pasted for ages. Nevertheless, the choices stick to my previous entry.

Furthermore, in terms of subject combination, I have undoubtedly decided to keep it to 4 which includes biology, chemistry, mathematics and history. Now that I have free block 5, life has becoming more easy on me but it is still very challenging and demands my utmost discipline. Anyway, I will do a re-evaluation once I have got all the response for all my choices.

In addition to that, there are 2 tests that I have recently completed which were UKCAT and IELTS. Alhamdulillah, I felt so much relieved after these two tests had over. Right now, the only entry test that I had to worry of is BMAT.

I think that is all for now. Looking forward for a better future now. All the best everyone!
Dr SyafQ.92 - 4A* - (^-^) 私の文書を読んでくれてありがと。

Saturday, September 3

My university list

These are the universities which I put in my UCAS application form.

1. Oxford University
    Course: A100 Medicine
    College: St Anne's College

2. University of Liverpool
    Course: A100 Medicine

3. University of Southampton
    Course: A100 Medicine

4. University of Birmingham
    Course: A100 Medicine

5. University of Manchester
    Course: B144 Neuroscience with a modern language

Dr SyafQ.92 - 4A* - (^-^) 私の文書を読んでくれてありがと。

The 'New' for all about anything?「新しいものか?」

Hi there!
Seriously, it has been a long time since I last wrote in my blog. 久しぶりですね! Actually, there are so many things happening since last July 25th...

Hari ini, tarikh 4 September. Bermakna sudah hampir 2 bulan, blog ini tidak dikemaskini. Banyak yang berlaku dan semuanya baik-baik belaka, Alhamdulillah.

Konsep baru telah diperolehi. Tujuan menulis blog ini juga makin jelas. Bukan sekadar merapu kosong tentang pengalaman saya yang tak berapa nak menarik ni. Tapi blog ini merupakan satu cara bagaimana saya ingin menyumbang kepada dunia. Mungkin bunyinya agak kelakar tapi saya rasa apalah gunanya pengalaman yang pelbagai kalau pengajarannya hanya untuk saya seorang. Insya Allah, mulai hari ini, saya adalah saya. Maksudnya, tiada lagi limitasi yang spesifik tentang bagaimana saya harus menulis blog. Biarlah segalanya datang dengan spontan. Huhu...

Berbalik kepada apa yang berlaku sepanjang 2 bulan ini, kesimpulannya, saya telah 'settled down' (tak tahu nak tulis apa dalam bahasa melayu). Semua urusan permohonan ke UK melalui UCAS telah saya selesaikan yang meliputi menulis personal statement, membuat pemilihan universiti dan paling penting merancang gerak kerja saya sepanjang semester ketiga saya di KYUEM. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan semuanya. Cuma sekarang masih ada satu perkara yang masih bermain-main di fikiran saya, yakni tentang berapa banyak subjek yang saya nak jual kepada universiti, 4 atau 3. Subjek yang menjadi bahan perbincangan adalah sudah tentu 'history'.

Pertimbangan #1
Mengikut sejarah KY (sumber Pn Kasthuri Thilaga, University Relations Officer) kesemua pemohon Oxbridge yang berjaya mengambil 4 mata pelajaran. Tidak kisahlah bidang apa sekalipun. Tetapi apabila saya berbincang dengan beliau (Pn Kas) beliau tidak memberikan sebarang komen yang negatif tentang keputusan menawarkan hanya tiga subjek melainkan beliau berkata belum lagi dalam sejarah kolej pemohon Oxbridge yang hanya mengambil 3 mata pelajaran. Kesemuanya 4 dan ke atas.

Pertimbangan #2
Sebenarnya mengambil 4 subjek tidaklah seberat mana kerana saya yakin saya mampu melakukannya. Apa yang menjadi persoalan adalah adakah betul sekiranya saya meletakkan 4 subjek sebagai prioriti dalam meningkatkan nilai tambah permohonan saya? Atau lebih baik saya meletakkan prioriti pada subjek-subjek berkaitan perubatan seperti biologi dan kimia, serta melakukan pembacaan yang mendalam dalam kedua-dua subjek berkenaan? 

Pertimbangan #3
Subjek 'history' merupakan subjek yang sangat menarik untuk dipelajari. Serius saya katakan. Namun, bebanan kerjanya sangatlah banyak dan memerlukan saya memperuntukkan masa yang lebih berbanding subjek biologi dan kimia (berdasarkan pengalaman AS saya dahulu). Adakah kerana kesukaran yang main meningkat di tambah lagi dengan prioriti saya yang semakin berubah ke arah mendapatkan penempatan universiti di UK, saya mengorbankan subjek 'history' saya? Tambahan lagi, saya mempunyai satu lagi keperluan iaitu untuk belajar bahasa Jepun kerana saya telah memohon kursus neurosains dengan bahasa moden (bahasa Jepun) sebagai permohonan ke lima saya. Justeru, saya dimestikan untuk mempunyai kemahiran yang sekurang-kurangnya setaraf dengan JLPT level 4. Itu tidak banyak masalah kerana saya telah lama mempelajari bahasa Jepun. Nanti saya akan ceritakan bagaimana saya belajar bahasa Jepun ye dalam entri-entri yang akan datang.

Maka, ketiga-tiga pertimbangan ini datang serentak untuk mewarnai kehidupan saya tika ini. Cewah! Dramatik la pulak. OK. Ikut kata hati, ada dua. Akhir Ogos hari itu, saya rasa sayang sangat nak lepaskan subjek 'history' ni. Tapi bila dah sampai kolej semalam malam, hati rasa ingin melepaskan subjek 'history' ini.

Perubahan ini banyak perangsangnya. Cerita-cerita berunsur medikal yang saya sedut daripada 'my doctor sister' seperti 'team medical dragon', 'voice', surgeon Bong Dal Hee dan etc memberikan saya satu persepsi baru terhadap dunia perubatan. Saya semakin nampak betapa pentingnya saya menjadi seorang doktor yang kompeten, berkeyakinan tinggi, semangat mahu belajar yang tinggi, tidak takut dalam melontarkan idea dan juga kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran sebagai seorang doktor. Kata kuncinya di sini, kompetensi. Saya pecahkan kompetensi kepada beberapa bahagian iaitu, kemahiran saintifik, kemahiran klinikal dan kemahiran berkomunikasi. 

Justeru, saya lihat mempelajari 'histori' tidak membantu saya dalam meningkatkan kemahiran saintifik, dan klinikal. Mungkin ada dari segi kemahiran yang boleh dipindahkan (transfferable skills) seperti kemahiran membuat gambaran menyeluruh terhadap sesuatu perkara berdasarkan sumber yang banyak dan pelbagai, membuat pemilihan yang tepat terhadap fakta-fakta yang perlu saya mahirkan. Namun, saya rasa cukuplah sekadar apa yang telah saya perolehi sepanjang pembelajaran AS History. Impian saya sejak dahulu lagi iaitu ingin fasih dalam bertutur pelbagai bahasa termasuklah bahasa Arab, Cina, Jepun, Korea dan sebagainya (sejak zaman sekolah di SBPI Selandar. Ramai yang tidak tahu dan sedar kerana saya tersangatlah introvert bila bercerita tentang perihal ni). Selepas SPM entah ke mana hilangnya semua ini. Mungkin di sebabkan faktor keadaan mindset saya yang tidak sihat ketika itu (ada masa saya cerita lain kali), saya membuat keputusan yang bukanlah tidak tepat tetapi masih ada perasaan 'regret'. 

Saya tidak mahu mempunyai regret lagi dalam usaha saya mencapai cita-cita saya menjadi seorang doktor yang professional dan mukmin. Pada saat ini, saya sememangnya bercadang hendak menggugurkan subjek 'history' kerana pada pendapat saya biarlah tindakan saya di dorong oleh apa yang saya kehendaki. Namun, saya juga sedar tidak semua yang saya kehendaki boleh diperoleh kerana apa yang baik pada pandangan saya belum tentu lagi baik pada pandangan Allah. Jadi, saya masih lagi berdoa agar Allah memudahkan saya membuat keputusan. Perbincangan dengan parent pun sudah dilakukan. Bagi mereka, bergantunglah kepada saya untuk membuat keputusan. Saya perlu memutuskan dengan pantas. Insya Allah dalam beberapa hari lagi, segalanya kan terjawab.

Komen saya:
Sangat akademik kan penulisan ini. Betulkan niat balik, blog ini adalah untuk saya sebenarnya. Tidak perlu hipokrit untuk menarik perhatian pembaca. Biarlah saya menjadi saya. Kalau anda tidak suka atau tidak berminat, tidak perlu teruskan pembacaan ye. Tunggulah saatnya apabila saya telah bersedia menulis untuk pembaca. Buat masa ini, belum lagi.

Dr SyafQ.92 - 4A* - (^-^) 私の文書を読んでくれてありがと。